Showing posts with label Political Poetries. Show all posts
Showing posts with label Political Poetries. Show all posts

Wednesday, September 29, 2010

MASS1001 : Siapa Kita Pada Hari Ini?

Author : Mohamad Azhaari Shah Sulaiman

Title : Siapa Kita Pada Hari Ini?



Kita pada hari ini,
hanya mampu mengarang puisi,
sebagai ganti,
perjuangan yang kita tak mampu sertai,
Yang tak mampu dinafikan lagi,
kita geruni.

Kita pada hari ini,
tak lebih dari buih ketika bah,
nampak banyak, nampak gah,
tapi tak mampu juga berdiri tegak bersama,
amat rapuh tatkala ditiup angin,
terhuyung hayang tatkala dibawa arus,
arus yang menyesatkan.

Kita hanya mampu memerhati di kaca tv,
tatkala darah saudara sendiri berkesimbah di bumi Al Quds,
Dibantai penyembah si Fallen Angel.

Kita pada hari ini,
hanya mampu menjadi saksi,
tatkala penindasan keatas anak Gaza bermaharajalela,
menjadi korban kebejatan nafsu syaitan zionis.

kita hanya mampu menjadi saksi,
tatkala Quran kalamullah dirobek si paderi celaka,
arahan Vatican KAH aku tak pasti,
namun apa yang ku sesali, kenapa KBH kita seperti gagal merasai,
seperti hati kita yang dirobek di hiris?

kita pada hari ini,
taksub benar dengan dunia hiburan lagho,
remaja terkinja kinja menari,
gig sini gig sana kita pergi menyaksikan,
ceramah agama?
Bayang mu entah kenapa,
hanya kerusi kosong kelihatan,
tiada yang memenuhi.


kita pada hari ini,
lebih mengenal perkataan bukkake, hentai dan orgasm,
oh nani nan berleluasa,
fitnah akhir zaman ini tidak ternafi,
namun adakah yang masih peduli?


kita pada hari ini,
adalah pengamal tegar hizbiyyah,
aku islam Umngok, Aku islam Hampas,
dulu hanya ada dua,
kamu hizbullah atau hizbulshayton?

yang tak sehaluan kita wahabikan, kita kafirkan, kita khawarijkan,
agar terlaksana perjuangan menegakkan kebathilan,
semua mampu terlaksa,
bukankah kita machiavellist?
pengamal real politik?
Politik darah dan besi?
Demokrasi ini memecahbelah umat.

Yang memerintah adalah orang orang jahil,
sehingga kroni didahulukan, rakyat dikemudiankan,
islam mereka entah ke mana,
hanya dikerongkong ia bertakhta,
Yang membangkang pula tolol,
terus mahu diperkudakan si Ultra Kiasu,
tak nampak lagi lah tu,
perancangan hebat si anak anak murid Lee Kwan Yew,
In a way, mereka sama tapi tak serupa.

kita pada hari ini,
hanya mampu menjadi saksi,
tatkala aparat saintis dajjal masakini,
mengemuka teori menentang kejadian Ilahi.

kita hanya mampu mengangguk tanda setuju,
nak bersuara takut dihentam,
tatkala manusia dikata berasal dari beruk,
mana tak kembang hidung si Darwin,
penipuannya sampai kini diterima tanpa ada usaha menafikannya.

Apa buktinya?
buka lah buku sejarah,
buka lah buku biologi,
siapakah pithecantropus eructus?
sinantropus pekinensis?
cro magnon?
Neanderthals?

bukan kah ini buktinya kita diam tanda setuju?
tatkala pendustaan ini diterima tanpa usul periksa?
sungguh inilah zaman fitnah yang menjadi sebutan Rasulullah SAW sejak lama dahulu.

Kita sekerasnya mahu menafikan,
bahawa kita pengamal tegar assabiyyah semaian kuffar laknat,
kita mendabik dada bangga,
tatkala kapal bantuan berupa makanan, pakaian dan keperluan asas didermakan kepada penduduk Gaza,
lalu kita laungkan,
Malaysia Boleh.

Ini kah erti Ummatan Wahidah?
Ini kah?
dengan pertolongan yang hanya layak digelar bantuan kemanusiaan?


aku bukan lah apa,
teguran ini untuk aku juga,
sebab itu ku gunakan "kita",
kerana aku mahu kita bersama,
berlepas diri dari terus alpa,
lari dari perjuangan yang wajib kita ikut serta.

biarkan kata ini nampak tajam di mata,
pedas di telinga,
berat di dada,
namun tetap tersemat di jiwa.

menjadi satu suara motivasi, memerdekakan hati,
dari fitnah dajjal masakini,
marilah kembali,
ke landasan perjuangan sejak azali.

seruan itu sudah bergema,
disetiap pelosok tiada sempadan antara,
pemegang panji hitam dari timur dan imam terakhir hampir sedia,
menzahirkan diri menghentikan segala sengsara dan sengketa,
mengumpulkan pengikut yang taat setia,

kepada yang terpilih pergi lah ikut serta,
nescaya kamu akan selamat andai berbaiah kepada mereka.

30.9.2010

Thursday, September 23, 2010

MASS1001 : Oh Kumpulan Kemeja Merah.

Author : Mohamad Azhaari Shah.
Title :

Ohh kumpulan Kemeja merah...
kerana politik, kalian merusuh..
kerana politik, kalian lupa diri..
kerana politik, syaitan merajai segenap pelusuk hati..
Menyemai kebencian yang tidak berbelah bagi.

mungkin kalian lah binatang politik yang dimaksudkan Socrates lama dahulu,


syukur, Malaysians bernafas lagi,
syukur, Malaysians masih aman lagi,
syukur, Malaysians masih mampu berdiri,
masih ada nyawa dalam tubuh ini..


Malaysians should be grateful somehow,
these rogue of delinquients,
have failed to trigger mayhem to our people.

let's keep this beloved land,
out of harm and chaos,
forever.

MASS1001 : Politician Nowadays

Author : Mohamad Azhaari Shah.
Title : Politician Nowadays

What about Islam?
What about Malays?
What about all the
manifestos that you
said we are going get?

Did you ever stop to
notice?
Our peoples were
suffering here.
Did you ever stop to
notice?
The Malays are falling
behind.

Where are your promises?
Grant it after we all
died?
What have you done to
Malaysia,
Look what you have
done,
what about all the
promises that you said
on PR-12?

Did you ever failed to
recall?
All the promises you
harboured to us?
Did you ever failed to reminisce,
we voted for you that day..

Where are you hiding?
Tell us the place.
Where are the funds?
Give us our rights.
Where are all the
money?
That you embezzled
from us?


August 2009