Showing posts with label by Mohamad Azhaari Shah. Show all posts
Showing posts with label by Mohamad Azhaari Shah. Show all posts

Sunday, June 5, 2011

Malam Pertama kita di sana.

kau dan aku.
kita pasti kan bersua,
telah ditakdirkan bersama,
walaupun aku tak pernah ingin dan rela,
walaupun aku sering saja meminggir dari kamu.

Aku takut,
akan malam pertama aku di sana,
tak sehangat malam pertama ku di sini,
tak ada cahaya dari lilin lagi untuk menyinari,
hanya esak tangis dan sesal menyelubungi.

wahai jiwa,
Ketika sakaratul maut menjelang tiba,
berteriak keluarga dan sahabat handai,
kesedihan dan esak tangis kedengaran,
sahabat mu itu terlantar lemah,
tercungap cungap hembusan nafas nafas akhirnya,

di manakah para doktor?
yang selalu ada bersama,
datangkan mereka kemari untuk menolak kematian ini,
jika benar mereka mampu dan sanggup.

berapa.. berapa banyak para raja yang kini menghuni kubur.
berapa.. berapa banyak para panglima handalan kini terdiam di alam baka.
berapa.. berapa banyak ahli dunia terbujur di liang lahat.
dan berapa banyak mereka yang zuhud kini membisu ditelan tanah.
semuanya tenggelam dalam takdir kematian,
tanpa dapat lagi keluar darinya.

kalaulah tak ada arti kematian selain kehilangan,
hancurnya tubuh dan terlupakannya keindahan siang dan malam,
nescaya ada kekeruhan bagi mereka yang suka bersenang senang,
dan perubahan bagi mereka yang tenggelam dalam kenikmatan.

ini lah kematian,
yang menjadi gerbang alam akhirat,
seterusnya jauh lebih ngeri dan dahsyat.

tempat itu..ia bernama kubur.
yang bisa menjadi taman syurga,
ataupun salah satu lubang diantara lubang neraka,
yang memusnahkan jasad dalam benaman tanah.

Menunggu hari dibangkitkan,
dihadapkan manusia ke hadapan Rabbu 'Alamin,
menunggu saat ditiupnya sangkakala yang maha dahsyat.

Seluruh penghuni kubur berada di bawah tanah,
tiada satu jiwa pun yang mengetahui nasib mereka,
melainkan Dzat Yang Maha Mengetahui,
akan hal hal yang tersembunyi.

Beringatlah, kematian itu pasti,
ia tidak meleset meskipun sedetik,
ia penuh kemisterian.
penuh tanda tanya,
bila .. bila.. bila masanya?

Tak ada yang harus dikhawatirkan dalam kematian,
ia pintu yang pasti dimasuki setiap yang bernyawa,
persoalan akhirnya adalah, apa yang terjadi setelah kematian?
apakah berupa taman dan sungai yang mengalir?
ataukah berupa api yang bergejolak?
ia sungguh lah satu misteri.

Begitu lah kematian,
tak pernah reti ia memilih,
apakah kau tua atau muda,
kau kaya atau miskin,
tak peduli kau budak atau raja.

begitu lah kematian,
ia melenyapkan kemegahan,
ia tiba untuk mengeluarkan manusia dari roda kitaran kehidupan,
mengeluarkan raja dari istana megahnya,
professor dari bilik bacaannya,
doktor dari bilik rawatnya,
semua itu dilakukan terus,
tanpa perlu pada permisi dan keizinan.

kematian adalah tamu terakhir mu,
bersiaplah menyambutnya dengan sebaik persiapan,
bawalah bekal dengan sebaiknya bekal,
bekal untuk tempat tinggal abadi,

wahai jiwa,, esok nanti kau kan meniti shirat,
shirat di atas neraka,
sedar lah.. insaf lah.. bertaubat lah..
sebelum kau tergelincir darinya,
lalu terbakar dengan maraknya api neraka.

Hiduplah dengan apa yang tersedia bagimu,
dengan selamat di bawah naungan kemewahan dan kemegahan,
hiduplah kau dengan kesenangan itu seribu tahun atau sejuta tahun,
dengan aman dan damai,
kerana dulu.. apa yang kau mahu semua selalu dipenuhi..

Tetapi.. ketika nafas tersengal sengal. menyesakkan dada,
ketika itulah engkau yakin,
selama ini engkau berada dalam penuh kesia siaan.



"Katakan lah, ' lari itu sekali kali tidaklah berguna bagimu, jika kamu melarikan diri dari kematian atau pembunuhan, dan jika (kamu terhindar dari kematian) kamu tidak juga akan mengecap kesenangan kecuali sebentar saja." ( Al Ahzab : 16)


Aku menulis bukan untuk kalian saja.
untuk diri ini yang selalu dihurung leka juga.
maafkan lah andai terkasar bahasa,
aku hanya memanjangkan berita.

Mohamad Azhaari Shah Sulaiman
3 Rejab 1430
5 Jun 2011

Inspirasi : Malam Pertama Di Alam Kubur

Gelaran The Grand Signeur Hanya Untuk Ulil Albab.

Napoleon Bonaparte pernah berkata,
jika dunia ini sebuah negara,
Konstantinopel lah selayaknya ibu negara,
demikian lah kuat nya Byzantine dahulu kala.

terdahulu sewaktu menggali parit Khandaq,
Rahmatan lil alamin bersabda,
Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera islam,
Rajanya waktu itu sebaik baik raja yang ada,
tenteranya juga sebaik baik tentera.

ini misi bukan sebarang misi,
sepuluh percubaan dahulu ternyata buntu,
misi hampir mustahil bagi mereka yang meragui,
kekuatan azam pada seorang pemuda,
namun padanya ada azam yang jauh lebih dahsyat daripada moyang moyang nya.

Kepada Paleologus dikirimkan utusan,
isyaratnya mudah dan jelas,
peluk islam dan serahkan kota secara damai ataupun perang,
Paleologus yang bongkak tetap dengan kebongkakannya,
dibantu Kardinal Isidor dia berkeras mempertahankan kotanya.

lalu Al Fateh tiada lagi pilihan,
ultimatum sudah diberikan,
biarpun hatinya tidak inginkan pertumpahan darah,
pengakirannya akan terhasillah di Konstantinopel itu takhta atau keranda.

Dari Bhosphorus ke Golden Horn,
diluncurkan 70 bahtera,
berkat kepintaran dan pertolongan Tuhan,
Al Fateh menukar darat menjadi lautan.

sudah syahidnya Hasan Tulubate yang memacak panji,
diasak ratusan tentera Byzantine yang menggila,
Al Fateh lantas bangkit memimpin tentera,
merempuh benteng rantai gergasi.


lalu pada 29 Mei 1453,
terlaksana sudah satu hadis Rasulullah,
diketuai angkatan sebaik baik raja dan tentera,
hari ini Paleologus yang bongkak menerima balasan,
hari ini gembira lah Abu Ayyub Al Ansari,
rakyat Konstantinopel dimerdekakan,
tegaklah di kota ini masjid Aya Sophia.

Sungguh penaklukan Konstantinopel itu bukan satu kebetulan,
sepuluh kali percubaan terdahulu berakhir dengan kebuntuan,
dimana mana saja ada silap dan kekurangan.

kali ini Al Fateh dengan perancangan strategik maha hebat,
mengguna akal fikiran bukan sekadar mengangkat tangan,
atau menggantung harap,
kerna pemilik kekuatan hanyalah pada ulil albab.

Ini Al Fateh bukan raja biasa,
raja yang mengerti tujuh bahasa,
yang menguasai Eropah , Afrika dan Asia,
tapi sekarang apa yang tersisa?
Muzium Topkapi ataukah bahtera bahtera yang terdampar?
Apabila The Great Empire menjadi The Sick Man,
mabuk dengan hiburan melalaikan,
lalu lemahlah ia,
1924,
terhapus sudah khilafah dari muka bumi.


Mohamad Azhaari Shah Sulaiman.
Jeram, Kuala Selangor
~29th May 2011



Lord Curzon, Menteri Luar British di hadapan House of Commons, membuat kenyataan meraikan kejayaan menghancurkan 600 tahun pemerintahan Usmaniyah,

"Kita mesti hapuskan apa sahaja yang dapat membawa penyatuan kepada umat islam. Memandangkan kita berjaya menghancurkan khilafah, kita mesti pastikan umat islam tidak bersatu sama ada secara intelektual ataupun kebudayaan. Faktanya sekarang adalah Turki sudah mati dan ia tidak bangkit lagi. Ini kerana kita menghancurkan kekuatan rohnya yakni khilafah dan islam."


Satu penemuan matematik yang menarik untuk informasi pembaca berkenaan Al Fateh.

Tahun Pengepungan : 1453
Tempoh Pengepungan : 53 Hari.
Tarikh Wafat : 5.3. 1481
Usia Ketika Wafat : 53 tahun.



Inspirasi :

Kuasa Kepemimpinan Al Fateh karya Muhammad Syaari Abdul Rahman.

Jatuhnya Sebuah Tamadun karya Muhammad Nurhakim.

1511 : Petaka Runtuhnya Melaka.

Alkisah tersebutlah sebuah kisah..
yang dikisahkan oleh mereka yang kisah..

Melaka dahulu bukanlah negeri papa kedana,
ratusan kapal dagang singgah sepanjang purnama,
anak anak bermain dengan emas dan permata,
itu sudah perkara biasa,

namun apabila rajanya alpa,
ronggeng sini sana sudah jadi biasa,
dan zina giat leluasa,
anak gadis hilang dara,
anak teruna mudah muntah nutfahnya,

memang patutlah Melaka dihinakan sebegitu rupa,
dimalukan benggali putih yang belum erti cermin itu apa.
Memang patutlah Melaka dihinakan sebegitu rupa,
apabila kepalanya dihurung leka,
rakyatnya lena didodoi harta,

melalui tangan Albuquerque Allah hantarkan bencana,
menghukum hambanya yang menghalalkan niat dengan cara,
seperti mana Gengkhis Khan menghancurkan Abbasiyah dahulu kala,

meriam Melaka memakan tuannya,
mana hilang kemegahan Lela Rentaka?
Golden Chersonese kini hanya tinggal nama,
tenggelam sinar mentari,
muncullah kegelapan senja.

Dimanakan dicari ganti Melaka?
Meriam yang kau bangga akan nya,
sudah jatuh ke tangan musuh durjana,
apalagi hendak dikata,
apabila hamba memakan tuannya.

Kau sudah belajar wahai Melaka,
akan jatuhnya Kerajaan Abbasiyah dahulukala,
mengapa kau masih alpa?

ketika para ulama istana diam tak keluar suara,
kerna khuatir tergugat gelar dan kuasa,
Ahh sudah lah.. itu hanya lah lembaran sejarah yang tersisa,
akan satu kerajaan yang maju tapi leka ditipu harta.
dihancurkan oleh tangan benggali putih durjana,
itu lah wizurai Albuquerque dengan Flor De La Mar kapal tua nya.

ini bukanlah sebaran syiar assobiyah,
tak pula dipengaruhi dakyah sesat orientalis Barat,
hanya mahu bangsaku menilai semula,
akan ketamadunan hebat yang pernah kita bina,
kuat Melayu kerana islam.
sampai bila mahu bergantung kepada kajian Barat yang jelas bencikan kita?


Mohamad Azhaari Shah Sulaiman.
25th May 2011

Inspired by ;

1515 by Faizal Tehrani.
Golden Khersonese by Paul Wheatly.
Sejarah Melayu by W. G Shellabear.

Poverty Versus Luxury

Many of us are begetting rich and richer,
then we ate from the finest quality of meals,
and we drunk from the most freshest juice,
we live a luxurious life,
as it is meant to be forever.

we seek for it, we seek it all,
for our eyne hast truly been blinded,
with such temporary pleasures,
that we thought are to be everlasting,
nay! but they are indeed.. fleeting.

we symphatized the poor people,
but we are not knowing,
it's us that are truly need to be sympathized,
for in our safe chest and bank accounts,
much of those wealth,
aren't yet being given to the needies.

you must not fear the poverty that you thought will make you live miserably,
incomplete without it,
for verily you'll not be diverted by it,
as it brings you closer to the One Who Hath Created,
hoping.. asking for continuance in sustenance.

but fear when the world became so prosperous for you,
as for those people who came before you,
then you'll rush into it,
greedily without looking back,
as those before you rushed into it.

it will silently ruin you,
without you knowing,
as it ruined those before you,
without they knowing.

know O friends,
competition in the accumulation of wealth,
have truly diverted us,
until the time we visit to the graves,
or when our death arrives.

soon we shall know,
of which is a good and which is a bad ending,
does the wealth do you any goodness?
forsooth .. never it will.

willy nilly,
the truth have been told,
it's of your own ultimate choice,
to have the forethoughts on it,
or to forsake it.

~Mohamad Azhaari Shah Sulaiman
24th May 2011
Jeram, Kuala Selangor.

My deepest thanks be upon Jony Jahir for inspiring me.

Dunia hanya sementara.

Dunia hanya sementara.
Dunia menipu kita,
dengan pangkat dan harta,
berkejar kita mencapai sebuah angan dan cita.

lahir nya kita dulu diawali tangisan,
sedang orang disekeliling gembira keriangan,
nanti kamu mati biarlah kamu mati dalam kegembiraan,
sedang orang lain menangisi pemergian.

Jauhnya jarak perjalanan,
Kurangnya persiapan,
kita penuh dengan ketidaksediaan,
sangat sedikit pula bekalan,
masihkah kita punya harapan?

Memenuhi cita dan impian,
menghuni syurga yang berkekalan,
bergembira sakan,
saat berpeluang melihat Tuhan.

Ketahui lah di masa depan,
kita pasti kan dikeluarkan dari rumah penginapan,
dengan paksa tanpa kerelaan,
dibawa menuju kampung halaman.

jika kotor pakaian,
lekas bersihkan,
nanti kita kan disoal keseorangan,
akan kekotoran yang kita diamkan.

kita manusia kita serupa,
berpijak atas bumi yang sama,
yang lebih hanya lah taqwa,
mengapa masih dihurung leka,
apa nanti jawapan kita?

baik jawapan,
pasti kamu akan aman,
bila kuburmu dihampar diperluaskan,
bila kuburmu diterangkan,
jika hidupmu dipenuhkan,
dengan amal soleh dan bacaan Quran.

Bila buku amalan diberi,
pada tangan kiri,
jangan lah persoalkan lagi,
akan suruhan yang kau mungkari.

wahai akhwat wahai ikhwan,
inilah satu peringatan,
maka nanti jangan pula aku dipersalahkan,
kononnya tidak menyampaikan pesan


April - 9th May.
Taichou Mohamad Azhaari Shah Sulaiman.
Jeram, Kuala Selangor.

Asal kita.

Asalnya kita dari tanah,
tanah yang hina,
yang dipijak pijak,
dan kita terhasil di suatu tempat,
tempat yang kita sendiri malu untuk menyebutkan,
lalu layakkah manusia itu bersikap takbur,
akan suatu kehinaan?

adapun mereka itu takbur dengan nasabnya,
maka manakah pergi atuk nenek kamu yang hebat itu?
bukan kah ia sekarang sudah menjadi bangkai,
yang dijadikan santapan ulat dan serangga tanah?

katakan lah,
sedang kau tercungap cungap,
oksigen itu kau sedut,
untuk terus hidup,
lalu manakah kekuatan yang kau banggakan?
sedang sepanjang hidupmu,
kau sentiasa membutuhkan bantuan.

mana kekuatan mana kekuasaan?
ketika mayat mu dihamparkan di satu pembaringan,
ketika tak lama lagi kau akan menjadi bangkai ,
habuan bagi cacing dan bakteria.

Sesungguhnya mereka yang takbur itu jelas kurang akalnya,
ditipu akan kekuatan yang mereka tak punya,
akan kuasa dan harta yang sementara cuma,
mereka fikir mereka akan hidup selama,
alangkah bodohnya mereka.

kita adalah manusia,
yang tak punya kuasa,
segalanya hanya pinjaman saja,
pulang kita hanya pada Yang Esa.


Mohamad Azhaari Shah Sulaiman
17 May 11
Jeram , Kuala Selangor

The Slaughter House

the chicks are now being sent to the slaughter house,
after much of their early years being spent,
to fatten their flesh and meat,
six years in the small farm,
five years in the big farm.
and here is the next station.

The chicks are all being examined,
for three to four years,
then a certificate will be given to each of it,
determining that they should be slaughtered ,
to be served to the other users,
or being left out,
died because of hunger and famine.

That's the end of everything,
the cycle keeps on going,
ever wonder what's all these things?
in truth is the educational system we are adopting,

we are testing more than teaching.
We are questioning more than answering,
how cruel this system is,
creating robots for working,
the slavery by consent.


The universities we built,
are nothing but akin to the slaughter house,
Now face the aftermath,
the death of intellectual and ideas.


Mohamad Azhaari Shah
Someday around May 2011
Jeram, Kuala Selangor.

Tergadai nya Suatu Jihad Boikot.

Aku teringat akan hari itu,
bersama kawan bermain bowling,
menonton wayang,
lalu seorang kawanku menghulurkan kupon KFC,

aku terima tanpa banyak soal,
Zinger Burger dan dua ketul ayam spicy berada di meja,
ku jamah dengan penuh selera.

Oh.. Aku terlupa duit ku itu ke mana,
ke tabung mana,
ke negara mana!
Digunakan untuk apa!

aku akui akan kebodohan ku,
aku lupa akan Palestin,
aku lupa duit ku itu mengalir sebagai bom,
dibelanjakan untuk fosforus putih.

celakalah aku!
jihad selama ini ku tinggalkan,
aku gadaikan jihad boikot demi sekeping kupon diskaun,
lalu aku jamah makanan hina itu dengan penuh selera.

ampunkan lah aku wahai rakyat Palestina,
wahai pejuang pejuang pemburu syahid,
wahai pejuang amaliah istisyahadiah,
akan kealpaan ku ini.



Mohamad Azhaari Shah Sulaiman
17 Mei 2011

Thursday, September 30, 2010

MASS1001 : Oh.. When The Lotus Eater Breaks His Vow.

Author : Mohamad Azhaari Shah
Title: Oh.. When The Lotus Eater Breaks His Vow.


He who hath long been known as the Lotus Eater,
need not a new flower,
to besmirch the title he hath hold to,
for quite a long time,
sith the withering of his old flower,
beforetime he used to hast a rose back then,
but it hath withered per se,
due to the test of time.

For so long,
never hath the Lotus Eater disembark avaunt,
from his forth of solitude,
he somehow knows,
of the need to see what's going on with the world,
and so, disembarked this Lotus Eater,
from his dead boring world,
he sought for a wee bit of the eye candy things.

he saw this newly operated, nursery,
he was amused, undeniably.
But then, he quickly come to reminisce,
of his heretofore never been broke vow,
to not look for a new flower,
He hath swore that this vow is not to be broken,
at any cost!

Natheless,
Isn't all men are just too vulnerable?
It's not of the newly profound revelation that he's that vulnerable too,
his vow seems just couldn't stand the test of time.
It's nothing more now than a broken vow.

ifsoever there are found any vows that he hath the hesitation to break,
inter alia,
it would be this one,
solely this.
alack! What a wanion indeed.

but nay could he denies the need to hast a companion..
a companion for life..
Ohh..
When The Lotus Eater hath to Break His Vow..
You'll see some teasers mounting FAQs for him to be answered.


betimes.. he entered to the nursery,
he saw beautiful flowers are undeniably many,
he tried to pick one,
but nary has the every credentials he is seeking for,
he said these flowers are all plastic beauty.

at a corner,
he was amazed with his founding,
when awesomeness begets such a inexorable heyday,
it's inevitable for any men to not look at this flower!

later his heart beat rose amain,
to the crecendo..
it's so lovely and charming,
this flower is covered with white hairs,
it appears to be wolly.
Every each of it's bloom consist five to six small yellow flower heads.

He got nearer to the flower,
to have a better look and to see it's name..
Erewhile hast his eyne glared on the flower,
he knows, it's scientific name is Leontopodium..
The Roman called it,
floarea reginei,
Queen's Flower?
Eftsoons, he begets elation of this newly profound facts.

the florist approached him and said,
"this flower is one of the best known European mountain flowers.
it's noble, it's white.
So the Germans called it..
The Edelweiss."

he hath not heard it clearly,
"What's that again? edelweiss?"

"yes, it's Edelweiss.
Noble is for Edel,
White is for Weiss"
The florist later tried to reassure him.

Having known that it is the one,
which is of his fave and crave,
which hath triggered such a fain to his ticker,
the Lotus Eater decided to purchase it and bring it home,
but the price he couldn't yet afford to,
it's far bridge expensive!

To the florist,
this Lotus Eater reveals a few lines,
easy to fathom,
but kind of hard to swallow,
should it's being scrutinized with the heart.

"take good care of this edelweiss,
and be sure not to sell it to other buyers,
for i'll come one day,
and it'll be mine,
solely mine.."

time goes by,
left the lotus Eater seen aroint from the nursery,
to head to the place which he belongs,
with empty handed,
but he hath this new vow to be made..

"to the people who could read,
come to witness to this proclaimation!
this edelweiss is to be in this home,
i'll soon water the edelweiss.
My edelweiss-to-be."

For the time being,
let this Lotus Eater continue to his studies,
so that he'll soon have a stable career,
he'll have more penny,
and eftsoons the world shalt see,
he'll take that edelweiss home.
To his conquest for eternity.

And so..
Let's pray that this edelweiss,
could somehow remain strong and sturdy,
wouldn't wither before it's time,
and is not for sale to other buyers..




completed on 28/9/2010

was massively altered on 30/9/2010.
By Mohamad Azhaari Shah..

Wednesday, September 29, 2010

MASS1001 : Siapa Kita Pada Hari Ini?

Author : Mohamad Azhaari Shah Sulaiman

Title : Siapa Kita Pada Hari Ini?



Kita pada hari ini,
hanya mampu mengarang puisi,
sebagai ganti,
perjuangan yang kita tak mampu sertai,
Yang tak mampu dinafikan lagi,
kita geruni.

Kita pada hari ini,
tak lebih dari buih ketika bah,
nampak banyak, nampak gah,
tapi tak mampu juga berdiri tegak bersama,
amat rapuh tatkala ditiup angin,
terhuyung hayang tatkala dibawa arus,
arus yang menyesatkan.

Kita hanya mampu memerhati di kaca tv,
tatkala darah saudara sendiri berkesimbah di bumi Al Quds,
Dibantai penyembah si Fallen Angel.

Kita pada hari ini,
hanya mampu menjadi saksi,
tatkala penindasan keatas anak Gaza bermaharajalela,
menjadi korban kebejatan nafsu syaitan zionis.

kita hanya mampu menjadi saksi,
tatkala Quran kalamullah dirobek si paderi celaka,
arahan Vatican KAH aku tak pasti,
namun apa yang ku sesali, kenapa KBH kita seperti gagal merasai,
seperti hati kita yang dirobek di hiris?

kita pada hari ini,
taksub benar dengan dunia hiburan lagho,
remaja terkinja kinja menari,
gig sini gig sana kita pergi menyaksikan,
ceramah agama?
Bayang mu entah kenapa,
hanya kerusi kosong kelihatan,
tiada yang memenuhi.


kita pada hari ini,
lebih mengenal perkataan bukkake, hentai dan orgasm,
oh nani nan berleluasa,
fitnah akhir zaman ini tidak ternafi,
namun adakah yang masih peduli?


kita pada hari ini,
adalah pengamal tegar hizbiyyah,
aku islam Umngok, Aku islam Hampas,
dulu hanya ada dua,
kamu hizbullah atau hizbulshayton?

yang tak sehaluan kita wahabikan, kita kafirkan, kita khawarijkan,
agar terlaksana perjuangan menegakkan kebathilan,
semua mampu terlaksa,
bukankah kita machiavellist?
pengamal real politik?
Politik darah dan besi?
Demokrasi ini memecahbelah umat.

Yang memerintah adalah orang orang jahil,
sehingga kroni didahulukan, rakyat dikemudiankan,
islam mereka entah ke mana,
hanya dikerongkong ia bertakhta,
Yang membangkang pula tolol,
terus mahu diperkudakan si Ultra Kiasu,
tak nampak lagi lah tu,
perancangan hebat si anak anak murid Lee Kwan Yew,
In a way, mereka sama tapi tak serupa.

kita pada hari ini,
hanya mampu menjadi saksi,
tatkala aparat saintis dajjal masakini,
mengemuka teori menentang kejadian Ilahi.

kita hanya mampu mengangguk tanda setuju,
nak bersuara takut dihentam,
tatkala manusia dikata berasal dari beruk,
mana tak kembang hidung si Darwin,
penipuannya sampai kini diterima tanpa ada usaha menafikannya.

Apa buktinya?
buka lah buku sejarah,
buka lah buku biologi,
siapakah pithecantropus eructus?
sinantropus pekinensis?
cro magnon?
Neanderthals?

bukan kah ini buktinya kita diam tanda setuju?
tatkala pendustaan ini diterima tanpa usul periksa?
sungguh inilah zaman fitnah yang menjadi sebutan Rasulullah SAW sejak lama dahulu.

Kita sekerasnya mahu menafikan,
bahawa kita pengamal tegar assabiyyah semaian kuffar laknat,
kita mendabik dada bangga,
tatkala kapal bantuan berupa makanan, pakaian dan keperluan asas didermakan kepada penduduk Gaza,
lalu kita laungkan,
Malaysia Boleh.

Ini kah erti Ummatan Wahidah?
Ini kah?
dengan pertolongan yang hanya layak digelar bantuan kemanusiaan?


aku bukan lah apa,
teguran ini untuk aku juga,
sebab itu ku gunakan "kita",
kerana aku mahu kita bersama,
berlepas diri dari terus alpa,
lari dari perjuangan yang wajib kita ikut serta.

biarkan kata ini nampak tajam di mata,
pedas di telinga,
berat di dada,
namun tetap tersemat di jiwa.

menjadi satu suara motivasi, memerdekakan hati,
dari fitnah dajjal masakini,
marilah kembali,
ke landasan perjuangan sejak azali.

seruan itu sudah bergema,
disetiap pelosok tiada sempadan antara,
pemegang panji hitam dari timur dan imam terakhir hampir sedia,
menzahirkan diri menghentikan segala sengsara dan sengketa,
mengumpulkan pengikut yang taat setia,

kepada yang terpilih pergi lah ikut serta,
nescaya kamu akan selamat andai berbaiah kepada mereka.

30.9.2010

MASS1001 : The malay Dilemma

Author : Mohamad Azhaari Shah.
Title : The malay Dilemma

the Malay dilemma,
is not of the newly profound drama,
to be seen screened in the cinema,
for it has something to do with their paradigma.

i know it's just too easy to ignite their anger,
Write few sentences of slander,
come to read these Malays awhile later,
then they will start to mutter,
the unsatisfactory will be heard louder..

the condition will get tenser,
but of what reason does it trigger?
By just a few sentences of slander?
You'll see some demons doing laughter.

O Malays,
such wake up calls are all just a waste?
That you still couldn't feel the
bury such crave for fame and praises,
for the burdens are for us to shoulder and face!

Malays need not a single kit,
to strengthen our fighting spirit,
cuz it should somehow be built with concrete.

Hear to what i want to say,
The Ka'bah wasn't built in just a day,
the vacant roles are for us to play,
so that tomorrow to win we may,
to get muslims out of any hay,
get rid of those foes in our way,
we'll make it a sure that the dammit jews just won't get away!

O ye Malays who hath the intention to volunteer,
in this battle that knows not the need to fear,
and we have no time for such empty flatter,
for we have known the even better,
sincerity undeniably is of the utmost matter,
for that's the credential of a jihad fighter.

my Lord, bless them with the alter!
They need to get better,
so that they will not wither,
had they are among the chosen to crawl in the winter..

29.9.2010

MASS1001 : Chelsea : Rise Above The Sky

Author : Mohamad Azhaari Shah.
Title : Chelsea : Rise Above The Sky

Chelsea,
they will rise,
rise above the sky,
with the speed of the light,
with the eyes of the tiger,

they will rise,
for that every time they
stumbled,
they will rise and rise again,
to end the miseries,
bringing back the tears of glory,

they are not a loser,
they are the true warrior,
we are behind them,
all of us,

we are their backbones,
Supporting them,
to the end,
until they are ready,
to rise above the sky ,
once again,
and for eternity.

(Azhaari Shah)
dedicated To Chelsea's winning
on the FA Cup Fnal 2009

MASS1001 : All we need is Him!

Author : Mohamad Azhaari Shah.
Title : All we need is Him!


we need no reiatsu,
to beat the darkness,
we need no shinigami,
to reminisce us about death,

we need no zanpakatou,
to withstand every obstacle,
we need no taichou,
to protect our comrades,

we need no Seiretei,
to live in a prestiguous life,
we dont need it all,
because we are human being,

created by The Lord,
who has created mankind,Second Earth,Milky Way and Multiverses.

all we need is Him!
The Lord.


Nov 2009
by M. Azhaari Shah.

MASS1001 : El Especial Chica

Author : Mohamad Azhaari Shah.
Title : El Especial Chica


Whenever I'm in sorrow,
She rekindles my heart..
Whenever I'm left alone,
she is there for me..
Whenever I sink in despair,
She is there to motivate me..

And oh when my heart,
got so weary,
She is the cure,


She's the one,
Who makes me happy.
She's the one,
Who makes me cry all day long.
She's the one,
Who makes me suffer for my entire life..
She's the one,
Who makes me believe in myself.

She is everything to me..

If I can own her with money,
I will sacrifice everything that I ever had..
If i can own her with happiness,
I will make her happy for the rest of her lifetime..
If I can own her with the intelligence and knowledge..
I will harp on studying through days and nights.

It is simply because..

She was..
The only one that makes me want to change!

April 2006

[aha. Aku tau yang ni sounds a bit cliche ,rite? Time form 2! Apa la yang aku tau sangat masa tu.

MASS1001 : Jika kau rasa hebatnya Chelsea

Author : Mohamad Azhaari Shah.
Title : Jika kau rasa hebatnya Chelsea

Janganlah hanya mengutuk Chelsea..
Sedangkan dikau belum pasti,
adakah benar m.U menang..
Menang pun hanya sementara..

Drogba dah sampai kawasan penalti,
Van Der Sar cuak,takut gol lagi..
Habis disuruh Rooney tackle..tackle pon hanya
Kad kuning saja..

Rooney pak turut,mengikut saja..
Habis Reff bantai kad merah pula..
Rooney pun mengamuk..
Tak puas hati..
Van Der Sar ditumbuk separuh mati..

Drogba nampak bola didepan mata..
Die p0n gol kan saja..
Tak banyak cerita..
Akhir nya mu da bolos lagi..
Abes dibantai 4-0 pula..

Apela sengal punye Rooney..
Punca Man Utd tertewas lagi ..
Chelsea bsorak da mnang lagi....
Peny0kong p0n rasa puas hati..

Jika kau selam hati ini..
Pasti nya engkaukan mengerti..
Betapa kuatnya chelsea tu..
Jangan di ragu..
Jika kau rasa pantasnya..
Pantasnya chelsea mengejar si M.U..
Nilainya chelsea pada ku..
Cukup berharga..

MASS1001 : My Glorious Malaysia.

Author : Mohamad Azhaari Shah.
Title : My Glorious Malaysia.

April 2008

Over 400 years ,
within the foreign's clench ,
Within 51 years ,
Malaysia gained her independence ,

Malays,Chinese,Indians et al,
together,
Working hands in hands ,
days and nights ,

Their sweats ,
That poured ,
onto this bestowed land ,
Was their pure sacrifice ,
That catalyzed Malaysia ,
to the brink of glory ..

It used to be ,
a poor country ,
Now Malaysia ,
is a respected nation,
Shocking the world ,
with rapid economy growth ,
Year by year ,
That is Malaysia ,
The country I lived in ..

Unity,democracy,integrity and peace ,
Has been our values ,
since the beginning ,

Now we are the best ,
among the best ,
The world is in our hands ,

But do not forget ,
My fellow friends ,
Success is impossible ,
should you do not ,
seek for it..

MASS1001 : Inter is Our Prey

Author : Mohamad Azhaari Shah.
Title : Inter is Our Prey


My army comes from
deep within,
beneath my skin,
As you're ending,
I'm about to begin,
My strength is Chelsea ,
and I will never
give in.

So long it's not the end of the world,
and so long Stamford Bridge remained sturdy,
we will not go down.
We shall never surrender!

Inter is our prey,
let's avenge them,
let's torture them,
let them growl in pain,
let them kneel before us,
at Stamford Bridge!
We'll march through ,
to the last eight.
We'll be there.
Just you wait.

Completion date:15 march 2010

Thursday, September 23, 2010

MASS1001 : The isolated 5 syukur

Author : Mohamad Azhaari Shah.
Title : The isolated 5 syukur

We are here in 5 syukur,
we are isolated,
from the crowds,
from the others,

Like an island,
estranged from the whole
world,

We got a neighbour,
it's 5 Efisyen,
the same goes for them,

They got a neighbour too,
it's the ocean of books(SPBT),
Full of boringness,
colourless,
but still got some colours,
sticked on the lacklustred wall.

Here in 5 syukur,
we have no choice,
but to go on,
make or break,
that's the teacher's saying,

here in 5 syukur,
we still go on,
because we believes that,
it takes no genius to be a
genius..

For our juniors,
study hard,
study smart,
don't let your guard down,
because when you do so,
you will end up like this poem
writer !

Dedicated to my 5 Syukur 2009 classmates.You rock!

MASS1001 : When The Hanabi Triggered Such An Earsore.

Author : Mohamad Azhaari Shah.

Title : When The Hanabi Triggered Such An Earsore.

I still remember that night,
it was around 2 a.m
and the hanabi spark up high,
it triggers such illuminative colours,
on the darkened sky.

the joyfullness and excitement,
can be seen vividly,
in their inexorably excited eyes,
while triggering such havoc.

I really want to say,
something to them,
something that is too easy,
to fathom to,

all i've been wanting to say is,
"how can i sleep?
with such an earsore noise !!??"

MASS1001 : Gemuruh Chelsea

Author : Mohamad Azhaari Shah.
Title :gemuruh chelsea


Di dalam dunia
hanya Chelsea
kelab terhebat..
walaupun tentangan mendatang..


Chelsea tetap kuat..
membolosi..
gawang gol..
musuh musuhnya..


Terbukti Chelsea..
lah hanya kelab yang terkuat..
mengalahkan musuh nya..
yang menghalang..


Tak terkalah kelab lah Chelsea..
menentang MU..
walaupun pantas si Rooney..
merembat lah bola..
si Peter Czech...
dengan relax..
menepis bola...

Oh sendiri meratapi..
kekalahan Red Devils..
dikalahkan dengan mudah..
oleh Chelsea..