Tuesday, April 5, 2011

Derita Gaza, Palestin: Adakah Terasa Di Hatimu?

Derita Gaza, Palestin: Adakah Terasa Di Hatimu?

Bumi Palestin Yang Dijajah
“The Reality: Palestinian Loss of Land 1946 to 2000!”


Palestin…
Masihkah mendenyuti jantung hati
Masihkah mengaliri urat nadi
Masihkah membasahi minda aqli
Masihkah menghembusi nafas lahiri
Masihkah menghempasi ombak sanubari
Masihkah menderasi tasik rohani
Masihkah menusuki rasa naluri
Masihkah menyusupi rongga jasadi
Masihkah mengobori roh jihadi
Masihkah dijiwai ummah insani?

Palestin…
Masihkah di hati…?

MUHTAR SUHAILI
Hannover, Jerman
5 Jun 2004, 1.43pm.

GAZA BERHADAPAN JENAYAH KEMANUSIAAN 

Gaza berhadapan dengan jenayah kemanusiaan! Itulah hakikat yang tidak dapat disangkal oleh sesiapapun kini.  Hakikatnya:

1) Sumber-sumber rejim Zionis melaporkan pada hari Selasa, 30 Disember 2008 bahawa tentera rejim Zionis telah menculik sekurang-kurangnya 200 lelaki muda penduduk Palestin daripada beberapa bahagian bandaraya Baitul Muqaddis sepanjang tempoh masa empat hari serangan bermula Sabtu, 28 Disember 2008 lalu yang telah membunuh lebih 363 rakyat Palestin dan jumlahnya terus bertambah dari hari ke hari!.  Sumber berita dan info-info terkini, sila layari: http://www.palestinkini.info 

[I thought you might be interested in If Americans Knew - what every American needs to know about Israel/Palestine. You can fully view it at, http://ifamericansknew.org/. Israel is the real terrorist!]


Mangsa Rejim Zionis Laknatullah
Mangsa Rejim Zionis Laknatullah
Mangsa Rejim Zionis Laknatullah
Mangsa Rejim Zionis Laknatullah
Kanak-kanak Mangsa Rejim Zionis Laknatullah  
“Rakyat Palestin a.k.a. Mangsa Rejim Zionis Laknatullah!”

2) Umat Islam Palestin di Gaza khususnya yang ditimpa penyakit kronik tidak dapat keluar daripada Gaza bagi mendapatkan rawatan kerana larangan daripada pihak Israel.

3) Sumber kesihatan Palestin mengesahkan angka bilangan kematian yang tercatat sepanjang kepungan yang dibuat oleh Israel (nota: sebelum serangan dilakukan) seramai 261 orang termasuk seorang wanita yang berumur 34 tahun. Doktor Mu’awiyah Husnain berkata “termasuk yang syahid setakat ini ialah seorang wanita yang bernama Karimah Zuhair Abu Dallal, ibu kepada lima orang anak”. Penyakit yang dihidapinya sepatutnya dapat dirawat di hospital luar Gaza. Akan tetapi dek kepungan ini beliau tidak dibenarkan untuk mendapatkan rawatan sehinggalah beliau mati.

4) Kementerian Kesihatan Palestin menyatakan bahawa hospital terbesar yang terdapat di Gaza berhadapan dengan masalah kehabisan gas memasak, keadaan ini amat menyukarkan kerana mereka sepatutnya menyediakan hampir 1500 makanan setiap hari kepada para pesakit. Lebih menyulitkan keadaan apabila gas yang sama sepatutnya digunakan juga untuk proses pengeringan tuala dalam proses pembedahan. Oleh yang demikian kementerian tersebut menyeru Negara Arab dan Islam menyuarakan isu ini ke peringkat antarabangsa. (Nota: Penduduk Negara-negara Arab keseluruhannya berjumlah 300 juta, sedangkan jumlah penduduk Yahudi Israel cuma 5 juta orang! Apakah kerajaan-kerajaan Arab dan Islam sekadar memerhati dengan tega tanpa sepicing rasa belas?!).

5) Lebih memalukan umat Islam apabila sebuah akhbar berbahasa Arab bertarikh 20 November 2008 telah melaporkan Majlis Kesatuan Ekonomi Arab di bawah Liga Arab membelanjakan 50 juta dolar untuk projek membela penyu laut, sedang umat Islam di Gaza dikepung dan dihimpit kesusahan serta penderitaan, mereka sibuk dengan projek yang tidak menguntungkan ini. Muhammad Abdul Fudhail Syusyah, Gabenor Timur Sina menyifatkan “inilah projek pertama yang sepertinya di Mesir”. Adakah penyu laut lebih berharga daripada nyawa saudara mereka di Gaza?

6) Akibat daripada kepungan ini, bekalan makanan juga semakin berkurangan. Satu laporan menyebut bahawa mereka yang menduduki Gaza kini terpaksa mengambil tepung yang pada asalnya adalah dijadikan makanan kepada burung-burung, kini ianya dijadikan makanan kepada sebahagian penduduk Gaza yang kekurangan bekalan.

7) Bantuan daripada luar juga tidak dibenarkan masuk untuk disalurkan kepada masyarakat dan penduduk Gaza.

8.) Bekalan elektrik juga terputus akibat daripada kepungan ini, bermakna mereka kini berada dalam keadaan bergelap pada waktu malam.

Sila baca juga temuramah bersama Ustaz Maszlee Malek berhubung serangan terbaru rejim Zionis gi Semenanjung Gaza di pautan berikut:

Entri-entri MuhtarSuhaili.Com sebelum ini:


Bacaan lanjutan sebagai peningkat nyala rasa:

1. Laman Yahudi Pro Palestin: http://ifamericansknew.org/
2. Laman Info Palestinkini: http://www.palestinkini.info/
3. Laman Aman Palestin: http://www.amanpalestin.com/
4. Ucapan Dr. Khalil al Haya: Pesanan Buat Umat Islam di Malaysia
5. Fikrah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil: Palestin: Antara Ilusi dan Realiti
6. Fikrah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil: Palestin Dan Orientalisma
7. Motivasi Mutiara Dr. Danial Zainal ‘Abidin: Untukmu Palestin

Justeru itu, pihak Aman Palestin menyeru rakyat Malaysia yang prihatin agar memainkan peranan positif dalam membantu saudara mereka yang sangat memerlukan pada masa ini. 

gaza-stike-victims
Sumbangan ke akaun Aman Palestin Berhad:
Bank Islam Malaysia Bhd :: 12029010047880
Maybank Malaysia Bhd :: 562263010787

Wallahu a’la wa a’lam.

No comments:

Post a Comment