Sunday, June 5, 2011

Gelaran The Grand Signeur Hanya Untuk Ulil Albab.

Napoleon Bonaparte pernah berkata,
jika dunia ini sebuah negara,
Konstantinopel lah selayaknya ibu negara,
demikian lah kuat nya Byzantine dahulu kala.

terdahulu sewaktu menggali parit Khandaq,
Rahmatan lil alamin bersabda,
Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera islam,
Rajanya waktu itu sebaik baik raja yang ada,
tenteranya juga sebaik baik tentera.

ini misi bukan sebarang misi,
sepuluh percubaan dahulu ternyata buntu,
misi hampir mustahil bagi mereka yang meragui,
kekuatan azam pada seorang pemuda,
namun padanya ada azam yang jauh lebih dahsyat daripada moyang moyang nya.

Kepada Paleologus dikirimkan utusan,
isyaratnya mudah dan jelas,
peluk islam dan serahkan kota secara damai ataupun perang,
Paleologus yang bongkak tetap dengan kebongkakannya,
dibantu Kardinal Isidor dia berkeras mempertahankan kotanya.

lalu Al Fateh tiada lagi pilihan,
ultimatum sudah diberikan,
biarpun hatinya tidak inginkan pertumpahan darah,
pengakirannya akan terhasillah di Konstantinopel itu takhta atau keranda.

Dari Bhosphorus ke Golden Horn,
diluncurkan 70 bahtera,
berkat kepintaran dan pertolongan Tuhan,
Al Fateh menukar darat menjadi lautan.

sudah syahidnya Hasan Tulubate yang memacak panji,
diasak ratusan tentera Byzantine yang menggila,
Al Fateh lantas bangkit memimpin tentera,
merempuh benteng rantai gergasi.


lalu pada 29 Mei 1453,
terlaksana sudah satu hadis Rasulullah,
diketuai angkatan sebaik baik raja dan tentera,
hari ini Paleologus yang bongkak menerima balasan,
hari ini gembira lah Abu Ayyub Al Ansari,
rakyat Konstantinopel dimerdekakan,
tegaklah di kota ini masjid Aya Sophia.

Sungguh penaklukan Konstantinopel itu bukan satu kebetulan,
sepuluh kali percubaan terdahulu berakhir dengan kebuntuan,
dimana mana saja ada silap dan kekurangan.

kali ini Al Fateh dengan perancangan strategik maha hebat,
mengguna akal fikiran bukan sekadar mengangkat tangan,
atau menggantung harap,
kerna pemilik kekuatan hanyalah pada ulil albab.

Ini Al Fateh bukan raja biasa,
raja yang mengerti tujuh bahasa,
yang menguasai Eropah , Afrika dan Asia,
tapi sekarang apa yang tersisa?
Muzium Topkapi ataukah bahtera bahtera yang terdampar?
Apabila The Great Empire menjadi The Sick Man,
mabuk dengan hiburan melalaikan,
lalu lemahlah ia,
1924,
terhapus sudah khilafah dari muka bumi.


Mohamad Azhaari Shah Sulaiman.
Jeram, Kuala Selangor
~29th May 2011



Lord Curzon, Menteri Luar British di hadapan House of Commons, membuat kenyataan meraikan kejayaan menghancurkan 600 tahun pemerintahan Usmaniyah,

"Kita mesti hapuskan apa sahaja yang dapat membawa penyatuan kepada umat islam. Memandangkan kita berjaya menghancurkan khilafah, kita mesti pastikan umat islam tidak bersatu sama ada secara intelektual ataupun kebudayaan. Faktanya sekarang adalah Turki sudah mati dan ia tidak bangkit lagi. Ini kerana kita menghancurkan kekuatan rohnya yakni khilafah dan islam."


Satu penemuan matematik yang menarik untuk informasi pembaca berkenaan Al Fateh.

Tahun Pengepungan : 1453
Tempoh Pengepungan : 53 Hari.
Tarikh Wafat : 5.3. 1481
Usia Ketika Wafat : 53 tahun.



Inspirasi :

Kuasa Kepemimpinan Al Fateh karya Muhammad Syaari Abdul Rahman.

Jatuhnya Sebuah Tamadun karya Muhammad Nurhakim.

1 comment:

  1. teringat lagu2 soldiers of Allah / outlandish. sajak ni mcm rap.

    ReplyDelete