Tuesday, April 5, 2011

Fosforus dan Flotila – Sajak Untuk Gaza !

Fosforus dan Flotila – Sajak Untuk Gaza !



Fosforus dan Flotila


Dunia menyaksikan sekali lagi
Kekejaman manusia yang tidak lagi rahsia
Bangsa dilaknat Allah dulu hingga kini
Kali ke berapa, siapa dan apa pun tak peduli
Nyawa manusia sudah tidak ditimbang atau di-kali
Merekalah Zionis yang wajar dilaknat kerana tiada hati.


Fosforus datang di udara Palestin umpama persembahan bunga api di udara
Cantik ibarat percikan cahaya sambutan awal tahun umat manusia
Tetapi seksa derita terkena Allah sahaja yang Maha Mengetahuinya
Kepedihan tidak terperi, mustahil diukir mata pena.


mangsa Fosforus

Kekejaman Zionis Yahudi makin menjadi jadi
Tidak sekadar kepungan bertahun tahun ke atas rakyat Palestin
Kini tembakan ganas ke atas flotilla misi aman
Yang sarat dengan bahan untuk hidup dan dinding sejuk malam
Hingga ada nyawa turut gugur dalam perjalanan
mujurnya ia mula menarik perhatian
umat dunia atas titisan darah mereka.

No comments:

Post a Comment