Sunday, June 5, 2011

1511 : Petaka Runtuhnya Melaka.

Alkisah tersebutlah sebuah kisah..
yang dikisahkan oleh mereka yang kisah..

Melaka dahulu bukanlah negeri papa kedana,
ratusan kapal dagang singgah sepanjang purnama,
anak anak bermain dengan emas dan permata,
itu sudah perkara biasa,

namun apabila rajanya alpa,
ronggeng sini sana sudah jadi biasa,
dan zina giat leluasa,
anak gadis hilang dara,
anak teruna mudah muntah nutfahnya,

memang patutlah Melaka dihinakan sebegitu rupa,
dimalukan benggali putih yang belum erti cermin itu apa.
Memang patutlah Melaka dihinakan sebegitu rupa,
apabila kepalanya dihurung leka,
rakyatnya lena didodoi harta,

melalui tangan Albuquerque Allah hantarkan bencana,
menghukum hambanya yang menghalalkan niat dengan cara,
seperti mana Gengkhis Khan menghancurkan Abbasiyah dahulu kala,

meriam Melaka memakan tuannya,
mana hilang kemegahan Lela Rentaka?
Golden Chersonese kini hanya tinggal nama,
tenggelam sinar mentari,
muncullah kegelapan senja.

Dimanakan dicari ganti Melaka?
Meriam yang kau bangga akan nya,
sudah jatuh ke tangan musuh durjana,
apalagi hendak dikata,
apabila hamba memakan tuannya.

Kau sudah belajar wahai Melaka,
akan jatuhnya Kerajaan Abbasiyah dahulukala,
mengapa kau masih alpa?

ketika para ulama istana diam tak keluar suara,
kerna khuatir tergugat gelar dan kuasa,
Ahh sudah lah.. itu hanya lah lembaran sejarah yang tersisa,
akan satu kerajaan yang maju tapi leka ditipu harta.
dihancurkan oleh tangan benggali putih durjana,
itu lah wizurai Albuquerque dengan Flor De La Mar kapal tua nya.

ini bukanlah sebaran syiar assobiyah,
tak pula dipengaruhi dakyah sesat orientalis Barat,
hanya mahu bangsaku menilai semula,
akan ketamadunan hebat yang pernah kita bina,
kuat Melayu kerana islam.
sampai bila mahu bergantung kepada kajian Barat yang jelas bencikan kita?


Mohamad Azhaari Shah Sulaiman.
25th May 2011

Inspired by ;

1515 by Faizal Tehrani.
Golden Khersonese by Paul Wheatly.
Sejarah Melayu by W. G Shellabear.

No comments:

Post a Comment