Sunday, June 19, 2011

Hutang Yang Belum Langsai

Kita disini hanya mampu memerhati,
derita Gaza berpagi pagi,
bukan lah kerana kuatnya musuh,
tapi dikarenakan kita sendiri yang lemah.

Usah kau tanyakan pada nafsu lawwamah,
kerana nafsu itu benar benar membenci syurga,
Ayuh lah membayar hutang yang belum langsai,
itu Armegeddon kita yang punya.

Muhammad III akan muncul segera,
membawa bala tentera pendamba syurga,
mereka tak takut konco Dajjal celaka,
cinta mereka bukan pada dunia.

Runtuh Uthmaniyah membawa malapetaka,
umat islam tak tentu hala,
ada yang dijajah pemikiran mereka,
yang lain berpecah belah kerana pangkat dan gila kuasa.

Ketahui kawan semua,
Malhamah Al Kubra menanti kita.
Wahai pendamba syurga,
bilakah kan langsainya hutang ini?





Mohamad Azhaari Shah Sulaiman.
Jeram, Kuala Selangor.
17th June 2011.

No comments:

Post a Comment