Siapakah aku untuk mengeluh ?
Siapakah aku untuk merungut ?
Aduh.. Palestin !
Palestine mengaduh tidak !
Keluhmu aku tak dengar !
Rungutmu aku tak lihat !
Alangkah tidak malunya aku !
DIA mendengar setiap keluhanku !
DIA melihat setiap rungutanku !
Sedangkan kamu tidak mengeluh !
Kamu tidak merungut !
Meski masalah kamu lagi besar dari masalah aku !
Meski dugaan kamu lagi berat dari dugaan aku !
Meski hidup kamu lagi tercabar dari hidup aku !
Badan yang dipijak kamu kuatkan dengan SOLAT !
Maruah yang tercalar kamu ubatkan dengan ZIKIR !
Wajah yang diludah kamu bersihkan dengan UKHWAH !
Hidup yang ditindas kamu bangkitkan dengan SEMANGAT JIHAD !
Apa perlu aku mengeluh lagi ?
Apa perlu aku merungut lagi ?
Aduh.. Palestine !
Palestine mengaduh tidak !
Malunya aku dengan kamu !
Lemahnya aku berbanding kamu !
Wahai Palestine !
Tarik aku dengan tali perjuanganmu !
Tolak aku dengan daya pengorbananmu !
Bariskan aku bersama dengan tenteramu !
Pegangkan aku bersama dengan panjimu !
Jadikan aku pejuang seperti kamu !
Jadikan aku pejuang seperti kamu !
Jadikan aku pejuang seperti kamu !
Pejuang yang rindukan syahid !
Mujahidah yang cintakan akhirat !
Aduh.. Palestine !
Palestine mengaduh tidak !
Jadikan aku sama seperti kamu !
~ 7 SYAABAN 1431 H
18 Julai 2010
04;58 م
No comments:
Post a Comment