Author : Mohamad Azhaari Shah.
Title : Self-confidence stimulant
0' Azhaari,
Bangkit lah engkau,
Tidak kah kau mendengar seruan ilmu meronta,
meminta kamu memiliki dan mengamalkan nya?
Sudahkah kau lupa tujuan utama hidup,
di dunia yang fana ini,
untuk menuntut ilmu?
Menuntut ilmu itu juga ibadah dan jihad ,
wahai Azhaari.
Tidak kah kau sedar?
payah cikgu memotivasi,
perih rakan menasihati,
jenuh ibu memarahi,
Mungkin kau alpa,
akan potensi maksima mu,
akan kuasa akal yang kau miliki,
akan kewujudan alpha-state mu,
akan kepantasan psiklon mu,
kini,
engkau membantutkan kreativiti,
mematikan cita cita dan impian,
hanya untuk hidup bersuka ria,
kini,
kau telah dibutakan,
oleh bisikan durjana syaitan,
apakah engkau mahu hidup selesa,
tanpa sedikit pun ,
menggerakkan usaha,
menjana akal fikiran mu,
menjangkaui batasan pemikiran norma?
ya,
kerna kini kau sudah buta,
dengan dunia malasmu,
kerna kini kau sudah tuli,
dengan hasutan syaitan laknatullah,
engkau adalah satu kegagalan,
kerna engkau malas untuk berusaha,
lebih rela berputus asa,
sedang hakikat nya,
engkau mampu menggegar dunia,
dengan kelebihan akal pemberian Ilahi.
mampukah engkau keluar dari alam fantasi rekaan mu?
Menghadapi dunia realiti,
mencipta evolusi ?
Kini kau jauh berubah,
buku dan pena kini musuh tradisimu,
bantal dan tilam kini sahabat karibmu,
Engkau penakut,
takut mendepani cabaran,
lemah menghadapi dugaan,
fobia mengerahi keringat,
malas menggembleng tenaga,
Apakah yang kau takutkan?
engkau mampu menghadapi nya,
kerna kau bukan lemah,
kau juga sehebat mereka,
Bangkitlah wahai Azhaari,
dunia sedang memanggilmu,
gagah kan lah dirimu,
jika ditakdirkan engkau terus gagal,
maka gagal lah dengan penuh bermaruah,
itu lebih baik ,
dari berpeluk tubuh,
dengan kemalasanmu!
No comments:
Post a Comment