Ya Allah,
jika ini Ramadhan terakhirku,
izinkan terlebih dahulu ku mengucap,
tiada Tuhan selain Allah,
Nabi Muhammad pesuruh Allah.
Ya Allah Tuhan Seluruh Alam,
jika ini Ramadhan terakhirku,
ku ingin memohon sedikit dari Kebesaran Mu,
Kau turunkan lah bala bagi yahudi laknatullah,
sesungguhnya mereka telah melampaui batas.
Ya Allah ya Awalul Akhir.
jika ini Ramadhan terakhirku,
Kau pelihara lah keluarga ku,
saudara mara ku, sahabat ku ,
dan seluruh saudara islam ku dari fitnah dajjal dan godaan Iblis.
sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Berkuasa.
Ya Allah ya Karim,
jika ini Ramadhan terakhirku,
Kau bukakan lah pintu hidayah bagi manusia yang berpaling dari Jalan Mu.
Sesungguhnya Engkau lah yang Pemberi Hidayah.
Ya Allah,
jika ini Ramadhan terakhirku,
Kau ampunkan lah dosa dosa ku,
aku ini adalah hamba Mu yang hina,
Kau tunjukkan lah aku ke jalan kebenaran Mu.
Ya Allah,
jika ini Ramadhan terakhirku,
Kau berilah aku kesempatan,
untuk meminta ampun dan menyelesaikan hutang hutangku ,
ke atas manusia manusia yang berkaitan..
Ya Allah,
jika ini Ramadhan terakhirku,
Kau matikan lah aku di malam hari,
ketika tiada sesiapa melihat aku mati,
sesungguhnya aku tidak mahu sesiapa meratapi kematian ku,
apatah lagi merasa bersalah diatas pemergianku.
Ya Allah,
sesungguhnya aku tahu hari itu akan tiba,
aku tahu aku makin hampir kepada hari itu,
matikan lah aku dengan iman didada ku.
Sebagai seorang mukmin yang bertaqwa.
tetapi Ya Allah,
jika ini bukan Ramadhan terakhirku,
Kau bukakan lah pintu keredhaan
seluasnya untuk aku beriman kepada Mu,
Ya Allah..
Aku telah banyak berbuat dosa kepada Mu,
terlalu banyak sehingga tak tertanggung penyesalan dibahu ku,
apakah Kau mahu mengampunkan ku?
Sesungguhnya Engkau lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..
aku tidak mengimpikan apa pun kesenangan,
jangan pula Engkau memberi kan ku kesenangan hidup sehingga aku lupa kepada Mu..
Kau berikan aku suatu kelebihan,
sesungguhnya aku mahu melakukan sesuatu untuk menghukum Yahudi laknatullah dengan keizinan Mu.
Ya Allah..
sesungguhnya diakhir zaman ini,
umat islam yang ramai bagaikan buih di lautan,
kami amat lemah dan tak terdaya,
kami tidak mampu bersatu,
jadi kau berikan ilham kepada kami,
untuk menyatukan seluruh umat islam dimuka bumi ini..
Ya Allah,
Kau runtuhkan lah tembok tembok Hizbiyyah, Assabiah dan Wataniah yang telah memecahbelahkan kami..
Kau zahirkanlah kepada kami musuh musuh kami.
Kau gagalkan lah rencana dan rancangan mereka memusnahkan kami,
sesungguhnya Engkau lah Yang Maha Bijaksana..
Ya Allah,
sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami,
ramai diantara kami yang memakan riba,
ramai juga yang mengamalkan rasuah.
Ya Allah,
di bulan ramadhan yang penuh rahmat ini,Kau sedarkanlah pemimpin pemimpin kami akan tanggungjawab sebenar mereka,
Kau berikanlah mereka kekuatan untuk membimbing kami.
dari Mu aku datang,
kepada Mu ku pergi.
completed on 11 August 2010
Mood : takut, sesal, tak keruan.
MasyaAllah.. sayang, sy kenal korang selepas Ramadhan berlalu..
ReplyDeleteJika tidak, sajak ini sangat tepat diutarakan utk tingkatkan keinsafan umat..
Izinkan sy up kat fb ye..