Wednesday, September 15, 2010

MASS1001 : Aduh..Malaysia ku negara kaya.














Malaysia ku negara kaya,


sehingga bayi tak berdosa dibuang merata,

bagaikan tiada nilai dan harga,
lalu kau tanyakan mana amir berwibawa?

kejahilan mu itu bersulam dusta,
tak terbendung ku menahan gelak ketawa.








Malaysia ku negara kaya,
sehingga C-four diledakkan begitu sahaja,
hanya untuk menghapuskan wanita tak 
terdaya,
wanita yang tak mengerti apa,
bukankah lebih elok jika kau sumbangkan kepada Palestina tercinta?
Oh Palestin itu kau lupa!





Malaysia ku negara kaya raya,
kau beli kapal selam durjana,
semata kerana laba,
kau ingin mengatakan kepada dunia,
kita juga mampu memilikinya,
tapi sampah 1 billion rupanya,
oh tidak mengapa,
bukan kroni mu yang menanggung derita,
tapi rakyat yang tertindas tak terbela,






Malaysia ku negara kaya raya,
kerana rakyatnya ditarik mengamalkan riba',
lalu apakah gunanya makna kemewahan dan harta,
andai kita pemastautin kekal neraka?






Malaysia ku negara kaya raya,
kasino kian giat dibuka,
bercambah bagai cendawan ia melata,
masih mahu mengaku negara islam kah kita?






Wahai pemimpin agama islam tercinta,
aku ingin menegur beberapa perkara,
sudah sudah lah kamu memporak peranda,
hidup rakyat marhaen tak berdosa..





kamu dari parti mana aku kisah apa,
matlamat mu sama sahaja,
menarah duit rakyat sehabis mana,
kerna hati mu sudah digelapkan laba!



completed on 6 September 2010

Mood : Marah, bengang, kecewa, sedih.

No comments:

Post a Comment