Aku melihat kamu
Aku asyik memandang kamu yang tertawa
Aku ralat memandang kamu yang bergembira
Kerana,
Tawa kamu adalah keceriaanku
Gembira kamu adalah kebahagiaanku
Sekali lagi aku melihat kamu
Masih dengan tawanya
Masih dengan gembiranya
Aku ingin bersama kamu
Aku merapatkan diriku dengan kamu
Aku ingin merasai nikmat tawa itu
Aku ingin berkongsi rasa gembira itu
Kamu memandangku
Kamu hentikan tawamu
Kamu sorokkan gembiramu
Mengapa begitu?
Salahkah aku untuk ketawa bersama?
Salahkah aku untuk gembira bersama?
Apakah aku tidak layak untuk merasai nikmat itu?
Aku sudah puas menangis
Aku sudah puas bersedih
Aku cuma ingin ketawa seperti kamu
Aku cuma ingin hidup gembira seperti kamu
Kerana,
Aku perlu teman tika ketawa
Aku perlu teman tika gembira
Aku tidak perlu teman tika menangis
Aku tidak perlu teman tika bersedih
Cukuplah adanya Allah bersamaku
Bagiku,
Kamu hanya layak bersamaku tika ketawa
Kamu hanya layak bersamaku tika gembira
Kerana,
Aku menangis sendirian tanpa ada kamu
Aku bersedih keseorangan tanpa hadirnya kamu
Kamu bersamaku hanya bila aku ketawa
Sedangkan Allah bersamaku tika aku menangis dan ketawa
Kamu bersamaku hanya bila aku gembira
Sedangkan Allah bersamaku tika aku bersedih dan gembira
Di dunia ini,
Kamu telah tinggalkan aku keseorangan
Kamu telah meletakkan aku di bawah payung kesedihan
Kamu telah memberikan aku bekal tangisan
Sedangkan kamu menguasai segala kegembiraan
Di dunia ini,
Kamu rela meninggalkan aku terkial-kial
Kamu sanggup melihat aku kegelapan
Kamu langsung tidak mempedulikan aku
Di dunia ini,
Kamu hanya sibuk dengan tawamu berbanding dengan tangisku
Kamu hanya pentingkan gembiramu berbanding dengan sedihku
Sememangnya tawamu adalah keceriaanku
Sememangnya gembiramu adalah kebahagiaanku
Namun itu cuma nikmat dunia
Aku rela menangis di sebalik tirai keceriaanmu
Aku rela bersedih di sebalik tirai kebahagiaanmu
Kerana aku butuh nikmat ukhrawi dari nikmat duniawi !
FREE PALESTINE !
~ 22 rejab 1431 H
3 Julai 2010
No comments:
Post a Comment